aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Tuesday, May 22, 2012

kejuruteraan dan gua. yana

masa gua abis PMR dolu, gua dapat tawaran belajar kat sekolah teknik. Dalam bidang kejuruteraan awam. Gua rasa masa gua isi borang, gua mintak kejuruteraan kot?. gua  pun ingat-ingat lupa juga. Masa baca surat tawaran tu, apak gua tanya gua. "kamu ni bole kee dudok jauh dengan ayah?". Gua diam. Pastu dia buat cerita sedih lagi dan lagi. Gua dapat tahan semuanya. gua kalis dan tepis semua walaupun dada dupdap takut bila apak gua cerita macamana situasi takut-takut kat asrama. tambah lagi kes buli. kena basuh kain senior la ape la..gua masa kecik mana penah basuh sendiri, ni kan pulak nak basuh kan orang punya. haru.

Last, gua tolak.

Gua terus belajar kat sekolah gua. aliran sains. Maksudnya gua belajar add math, fizik, kimia dan biologi. tak lupa juga english science technology jadah tu. Paling gua suka ialah belajar biologi. mungkin dari situ bermula proses pembinaan manusia sejagat agaknya. dari gabungan sperm-ovum sampailah jadi manusia sempurna sehinggalah nutrisi yang patut dia makan semua gua hapal. Terutama proses-proses. sebab gua tahu mesti masuk exam punya. 



gua tersesat dalam bidang kejuruteraan ni bermula masa gua nak pilih course kat IPT . gua rasa gua macho sangat untuk pakai lawa-lawa, ketat-ketat, gincu merah-merah, bedak 16 inci, semua-semua tu lagi-lagi kalau gua amik course yang tak bagi gua tengok langit. Maksud gua kat sini, gua takleh duduk satu tempat, berkurung dan buat benda sama hari-hari. Kejuruteraan ni, hari-hari kita nampak benda lain. maksud gua, pasti akan ada perubahan. Hari ni buat gelegar, esok susun bata, lusa cat semua-semua pastu sampai la giliran susun atur dalam rumah semua. Memang menarik. Gua tak nafi, perempuan tak berapa sesuai kerja kat site, tapi bukan kita jadi kong-si-kong tu. Kita jadi engineer la.. datang site sekali sekala. Bawak BMW kaler merah.wuhuu~

gua selalu berangan dan berdoa gua akan bekerjaya lebih baik dari sekarang. Walaupun gua lari dari apa yang gua amik masa SPM dulu, tapi gua tak kisah. Sebab gua yang tak belajar sungguh-sungguh masa tu. add math, fizik, kimia gua memang tak lepas nak jadi doktor. kah kah

tak lama lagi gua konvo. dalam bidang kejuruteraan. gua harap ada company yang nak amik gua bekerja dengan dia. sebab gua memang akan buat yang terbaik untuk company tu. Cute Icon & Emoticon


# akhir kata, terimalah lagu dari SITI NURHALIZA - PERCAYALAH ini...khas buat manager-manager dan sesiapa yang ada intention nak amik gua bekerja Cute Icon & Emoticon

6 comments:

kura said...

amboi. dah promte diri dah ni, dah mcm nk pg interview. hahha

Camy Alya said...

haha. kita sama bidangg :)

ℱᗩᖙᖺᓰᒪᗩ ᕼᗩᔕᔕᗩﬡ said...

haha ... kejuruteraan tuu .. susah doe .. tahniah lah konvo dgn jayanya :)

syafiqakarim said...

aku belajar it,seni,lukisan,
akaun,masuk teater,sajak,komsas terbaik.

kahkah.


dan sekarang apasal jadi saintis?
mohon explain .mohon.

sis92 said...

wa cadangkan lu kasi company yg lu nak interview baca..kahkah.kasi touching sikit kat jiwa2 mereka

Yana Empire said...

kura - hahaha. harap ada manager mana-mana baca

camy - yeayy! haha

ℱᗩᖙᖺᓰᒪᗩ ᕼᗩᔕᔕᗩﬡ - trimas trimas..haha

iqa - kau buat ubat kuat ke?

sis92 - haha...nanti gua cuba =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...