aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Monday, September 24, 2012

contoh soalan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

assalamualaikum dan selamat tengahari sahabat-sahabat maya sekalian. Dah lunch ke bolom tu? kalau belom, takpayah lah makan, nanti naik plak berat badan.

haa...

Hari ni gua saje je la nak kongsi ilmu sikit. Yelaa asik mengarut benda-benda kosong je kan..tak best la kan.. 
Pada sesiapa yang dapat interview SPA, gua ucapkan tahniah. Dan gua juga mohon sesapa yang ada kabel baik dan besar punya tu, tolong-tolonglah bagi gua kerja...ahaha...gua gurau aa..

contoh soalan temuduga bagi Penolong Jurutera Gred J29

1. Perkenalkan diri...
2. Apa yang anda tahu tentang JKR?
3. Badan-badan bawah JKR? --contoh jawapan cam Lembaga lebuhraya malaysia (LLM)
4. Apa itu ETP (Economic Transformation Program) ? Terangkan..
5. Asas terbahagi kepada dua. Sebutkan semuanya. 
5. Apa itu kejuruteraan awam?
6. Bidang-bidang dalam kejuruteraan awam?
7. Pencapaian yang paling awak banggakan setakat ni. Ceritakan
8. Bahan dalam campuran konkrit?
9. Bahan utama untuk buat kekuda?
10. (korang akan diberi satu masalah dan korang kena bagitahu cemana nak setelkan) Contoh : kalau dekat site, macamane nak pastikan air yang kotor-kotor tu mengalir ke dalam longkang atau sungai tanpa menjejaskan alam sekitar?
11. Kenapa nak keje goverment? --kalau korang jawab nak bantu rakyat, nanti dia tanya balik ke korang "kalau keje swasta takleh tolong rakyat ke?" hahah
12. Ceritakan dengan lebih lanjut pasal keje korang sekarang. (kalau korang sedang bekerja)
13. Apa kekuatan yang ada pade diri korang yang korang rasa mereka patut amik korang.
14. dan soalan-soalan yang korang takkan dapat jangka. Nasihat gua, jangan hafal, tapi fahamkan.


Sapa-sapa yang pegi interview untuk jawatan ni jugak, harap dapat kongsikan kat kite-kite ni yea.. supaya makin luas ilmunya dan semakin bersemangat sahabat-sahabat lain nak pegi keje dengan goverment. hehe...
Dari rakyat untuk rakyatttt....ewaahh kemain ..hihi

sampai sini sahaje. 

"Pegi dapor masak megi kari,
kalau ade lain info, gua bagi lainkali lah aaa"


okbaibai~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...