aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Sunday, May 20, 2012

certajang (#cerita tak panjang)



Bermula cerita di zaman dahulukala. Di sebuah negeri Melayu lama. Tidak diketahui sama ada portugis telah menyerang melaka atau tidak. Kisah epik cinta agung seorang pendekar gagah perkasa. Tuan pendekar orangnya gagah bertubuh sasa, ilmu silat penuh di dada, gigi putih tersusun rata, menambah hensem paras rupa.


Pada sekelian pembaca dara jelita, kawal emosi jika ada perasaan cinta (maklumlah hensem) , kerana cintanya hanya untuk puteri raja.


sang pendekar sakti
Tuan puteri raja


Namun, pendekar sedar akan perbezaan darah di antara keduanya, justeru membuatkan pendekar cuma memendam rasa.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari dengan tidak semena-mena tuan puteri jatuh sakit. Mengikut kitab pawang diraja, tuan puteri hanya akan sembuh jika diberi minum setempayan airmata raksasa bermata satu.


"nak beli kat mane?"tanya sultan
"free je tuanku, tapi kena cucuk matanya. Masalahnya, sapa yang nak cucuk?!" jawab pawang diraja




Syahdan, raksasa bermata satu, penjaga kelab malam salju di danau rindu. Bukan calang-calang raksasa, ultaraman taro pun lari terkincit dilempangnya.


Kerana terlalu kasihkan puterinya, maka tuanku pun membuat satu press conference. Semua krew melodik juga turut dijemput baginda.


"siapa yang dapat menyembuhkan penyakit anakanda beta Puteri nilam yanacomel mawardah, beta akan kahwinkan dia dengan puteri beta itu"


Berbalik kepada cerita pendekar


Kerana hebatnya cinta, kuatnya rindu, perkasanya sayang, dan menebalnya sikap ingin memiliki tuan puteri, maka dengan macho nya pendekar menawarkan diri untuk melawan raksasa tersebut.

"patik sedia tuanku. Asalkan dapat kawin..hikhikhik"

Namun nak dijadikan cerita lebih dramatik dalam usaha menggondol anugerah lakun layar terbaik, Tuanku baginda mengenakan syarat dimana jika cubaan pendekar tidak berjaya, pendekar tersebut akan di sumpah menjadi makhluk yang hanya suka menghisap darah. 
Tuan pendekar tersenyum manis. Apalah sangat syarat itu baginya. Sedangkan hulk hogan pun sesenang mengorek hidung sahaja dia menewaskannya, inikan pula raksasa. Bermata satu pula tu!
Tanpa lengah pendekar terus bersetuju.


Maka, tibalah hari perlawanan yang dinanti-nantikan.........





“beta terpaksa menyumpah kamu wahai pendekar. Sila pilih kau nak jadi apa?” Tanya sultan
“patik mintak ampun tuanku, jika tuanku menukar hamba, tukarkanlah kepada drakula yang hensem tanpa sedikt cela” jawab pendekar


BLINGG !!


maka bertukarlah pendekar kepada drakula yang hensem persis fahren ahamad. Namun begitu, pendekar tidak berputus asa dan terus memohon agar diberikan peluang lagi dan lagi….


“okeh, tapi syarat tetap sama aaa..” kata sultan


Arakian, berlawanlah pendekar tersebut dengan sang raksasa ..
Namun tetap jua tewas mudah kepada sang raksasa. Maka, pendekar pun kembali menghadap baginda sultan untuk menyerah diri.


“haa..kau lagi. Kau nak kena sumpah jadi apa plak nih? “ Tanya sultan
“tukarkanlah patik menjadi nyamuk, tuanku”  jawab pendekar setelah puas memikir  kerana beliau rasa jika jadi nyamuk, nanti beliau lebih senang hisap darah raksasa lalu membunuhnya.

Setelah menjadi nyamuk. Pendekar tetap berjuang. Namun malang apakah yang sudah menimpa, pendekar tewas lagi. Akibat ditampar oleh raksasa ketika menghisap darah di bahagian buntutnya.








maka dengan lemah longlai, pendekar menghadap baginda sultan…..

“kau ni. Asik tewas je.. Jadi, kali ni beta terpaksa sumpah kau tapi kau takleh mintak jadi benda bernyawa dah. Kau kena jadi benda TAK bernyawa pulak.  Tapi kena hisap darah ,Fahamm??” bentak tuanku sultan dengan nada bengkek.


“Patik amat menyayangi tuan puteri. Patik sanggup lakukan apa sahaja untuk berada disampingnya walaupun  patik tak dapat berkahwin dengannya sekalipun. Takpe laa..tuanku tukarkanlah patik jadi  _____(sambil bisik kat telinga sultan) supaya patik tetap selalu bersama tuan puteri…..






“HAAAAHH???...... " jerit sultan sambil menampar pendekar (nyamuk) 13 kali berturut-turut.




#soalan cepuput kali ni. Pendekar mintak jadi hape?? hahahaha

4 comments:

syafiqa said...

1.perlu ke tutup nama
2.perlu ke panjang2.

haha.
jadi lah engkau manusia berguna

Asyiqin Haulisah said...

tuala wanita aka pad.

Yana Empire said...

syafiqakarim : wahahaa..trimas mokcik. kkikiki

Asyiqin Haulisah : hahaha...terar laa dia..meh bg kiss cikit..haha

Anonymous said...

panjang betul nasib baik wa boleh baca laju2..
haha nk jd seluar dlm :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...