aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Monday, April 9, 2012

Kosong

Termenung si Dara menunggu Taruna. Sudah lama tidak bersua. Sepi tanpa berita.
Apakah aku yang salah? Apakah dia tidak sayang padaku? Apakah-Apakah-Mengapakah-- Bertubi-tubi soalan membelah benak si Dara. Jiwanya kosong. Sepi.

Fikiran si Dara menerawang lagi.



****

Empat tahun sebelumnya...




Lokasi : Padang perhimpunan sekolah
Masa : Pagi (Perhimpunan pagi)

Taruna melambai Dara. Dara menoleh ke belakang. Mencari siapa gerangan yang dilambai Taruna. Namun tak siapa yang memandang Taruna. Berbisik hati kecil Dara. Akukah?
Taruna sengih. Ye..kamu..

Semenjak itu perkenalan dan perjumpaan sering berlaku antara keduanya. Disebabkan kelas mereka yang dekat dan rapat, Taruna sering berkunjung ke kelas si Dara semasa ketiadaan guru. Perkenalan yang ringkas sebelumnya itu menjadi lebih rapat pabila Dara menghadiahkan Taruna sebuah buku kecil. Dan kemudiannya dibalas dengan pemberian pensil oren dari Taruna. Mereka bertukar hadiah. Malah sering bertukar pendapat tentang pelajaran. Sementelah lagi mereka akan menduduki peperiksaan besar tahun itu. 

Aku bijak matematik. Aku suka matematik. Aku boleh ajar kau. Kau mahu?
Taruna bertanya.
Dara angguk walau sebenarnya dia malu.

Dara tahu dia jatuh cinta. Pandang pertama. Mungkin juga cinta monyet. Mungkin. 

Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan, Dara dan Taruna pergi bersama. Dara mencatat keputusan baik walaupun tidak sehebat pelajar yang diumum nama naik ke pentas. Taruna biasa namun masih mampu tersenyum. Tahniah Dara.

Pada akhir hari itu, sebelum pulang. Taruna menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Dara. Buat kau..
Dan Dara tersenyum gembira..


***

Dara tersentak dari lamunan. Mematikan imaginasi. Dara gigil.
Mana Taruna? 
Dadanya sesak. Jiwanya pedih. Bersatu. Air mata berlumba-lumba ingin turun dahulu.


***


Dara terlupa. Taruna telah tiada. Taruna tiada.










#Bertemu dengan seseorang yang pada mulanya sayangkan kita namun kemudiannya pergi meninggalkan kita bukanlah satu pengkhianatan jauh sekali kesalahan. Tetapi ia adalah pengalaman. Diulangi- Pengalaman <3

3 comments:

syafiqa said...

untuk A*****
sila hayati.haha

walau taruna xde,yg penting "DARA"
masih ada :)

Yana Empire said...

malas nak cakap dengan syafiqakarim

syafiqa said...

uzaiir???


yana,aku benar-benar tak boleh ni
:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...