aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Tuesday, April 10, 2012

kendong cicir

pagi tadi pergi interview kat agensi ANGKASA malaysia. Kat Planetarium negara nun..kolumpo nun..
pagi-pagi dah gerak. Jem diaaa..tuu diaa..giniii ! (sambil tunjuk gaya). Perjalanan yang sepatutnya cuma 20 minit, menjadi 2 jam 7 minit untuk sampai. Ditambah pula dengan hujan dan ada pula kereta terbakar kat tepi jalan. uish uish uish.. (geleng kepala)


sampai-sampai kat sana, terus masuk dengan muka cuak dan kesian. Dah la terlewat. Nasib baik dapat giliran ke lapan. Dan lagi manis sebab bukan ai je lambat tadi. Ada lagi sorang..hehe..dia yang ke sembilan.


tunggu punya tunggu. lama juga lah. Biasa lah, sorang lebih kurang 15-20 minit gitu masuk ke bilik interviewer. Kami yang dok menunggu kat luar ni dah rasa macam-macam dah. nak terkucil pun ada. err..(bajet macam first time interview pulak)


tapi seronok la pegi interview nye. ada dua orang penemuduga. (sebenarnya tiga, tapi lagi sorang mana tah). Dorang pun cool je. Gelak-gelak.


Tapi tu lah, interviewer tu ada pesan. Aku ni macam memperjudikan kerjaya aku sekarang semata-mata nak kerja dengan goverment. Jauh pun ye. Transport, makan ape sume aku tak fikir lagi. Lagipun kerja tu dorang bagi sambilan (kontrak 3 bulan, if kerja bagus dorang bagi 3 bulan lagi kerja then kita kena berenti dan cari kerja lain). katanya lagi, cuma ada potongan kwsp saje dan kita tak dapat apa-apa benefit macam kakitangan kerajaan lain. dah tu, klinik panel pun tak dapat la? lupa nak tanya soalan ni tadi. Then katanya, dorang memang buat macamtu sebab orang sekarang sukar dapat kerja dan bila dorang buat macamni, kiranya bagi peluang pada semua orang untuk timba pengalaman sebab kalau nak cari kerja kan kena ada pengalaman. ermm..


Jumaat kalau dapat, dorang call.


aku belum buat keputusan lagi. takut yang dikejar tak dapat. dikendong cicir sana sini. =;=

k,bai.


gambar hiasan



2 comments:

syafiqakarim said...

30.

zulhilmi tempoyak said...

dulu2 taim kecik org sll kt sy kiut. sy xtau la knp... sy rs besar2 ni br hensem sket...mungkin sbb tu la jiran sy jeles dengan sy...

lps tu kn.. sy main bola tepi pdg tu.. pening o0o0o pala... xlarat nk main bola dah... sebab bola tekena kat kepala... org kt bleh hilang ingatan.. mungkin sbb tu la sy lpa pasal subjek sejarah sy...

pening x hilang lg.. awak pening x ni..?? harap2 xpening la kn...

hmmm...

xtau nk komen ape..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...