aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Thursday, August 2, 2012

gua serius cerita ni

kisah yang bakal gua coret ni berlaku semalam. Ok, tarik nafas panjang-panjang. Buka mata, buka hati sambil-sambil tunggu masa buka puasa tu ..


...




malam semalam gua keluar dengan ex-classmate gua masa darjah tiga dulu. Sebenarnya kami jumpa balik kat pesbuk. Lepas dah balas-balas mesej, poking-poking, flirting-flirting sume beliau ni pong ajaklah gua pegi opis beliau. Katanya beliau buat bisnes release-kan lesen untuk sesapa yang nak bukak kedai. Katanya lagik, kat opis beliau ni ada spa, cantik menarik tertarik the bomb la khenn.. Gua pong teruja gila lah kan. Gua cakap ke-dia, senang gila kerja kau po, me-relek je.. kenkadang tu masa gua tengah khusyuk amik reading kat lab, beliau selamber badak je call n mesej gua. Kalau kengkawan gua yang lain? huh..haromm


Tapi beliau memang cam gila nak sangat jumpa gua. Katanya rindu nak main kejar-kejar la, main ulat gonggok sesama la ape la bagai. Then setelah sekian lama gua menolak, akhirnya semalam gua setuju. Lagipon cara dia cakap tu macam banyak gila duit dia bila kerja tu. Katanya lagik nak tolong kawan la ape laa.. 


tepat 9.30 malam masa orang tengah terawih, beliau sampai rumah gua. Mula-mula beliau janji nak amik pukul 6 petang, pastu tak jadi. Kata pukul 8.30 malam pulak. Last-last sampai pukul 9.30. Gua angin tak angin juga la, nasib baik beliau datang amik kat depan pintu umah gua. Sebenarnya gua dah malas nak ikot, dah la dah lewat malam. Pastu esoknya gua nak kena pegi kerja lagik. Tapi dah kawan lama kann, dia pun datang dari jauh. Gua follow je lah sebab gua ingat pegi makan area rumah gua je. Lagipun dah lewat kann, takyah la pegi opis beliau tu.


10.30 malam kami sampai opis beliau. Gua tak nafi, memang gempak laa.. parking pun kena bayar. Dalam lif pun ada cermin. Mantap abis.. Pastu beliau bawak gua pegi satu sudut ni. Dalam almari tu penuh dengan produk-produk. 


"Haaa..inilah kerja aku. okok..disebabkan nak jimatkan masa, biar aku je yang buat tour-ing ntuk kau ehh yana. Kalau idak, orang lain yang buat, tapi kau kawan aku, so spesel sikit la khenn.. ni produk kita bla bla blaaa blaaa...."

Gua still maniskan muka gua  masa tu. ohh macam tu...iye? wahhh...hebatnyee... --itu aje ayat gua


bila abis sesi tour tu, gua di bawa masuk ke bilik mesyuarat. Ramai juga orang. ehem..orang melayu. err..ramai juga yang tak pi solat terawih, termasuklah gua. Gua di pelawa duduk tanpa diberi segelas minuman pun. Tak lama lepastu, ada abang ni dok bentangkan marketing plan company tu. 


MACAM MANA NAK JADI KAYA?


''yana kalau bawak kereta, pastu masa berenti kat traffic light yana tengok kereta sebelah kereta BMW 5 series, yana tak teringin ke? . Abang dulu pon orang susah. Yana bayangkan ye, gaji abang 20 haribulan, pastu 23 haribulan abang tengok balik tinggal lapan hinggit je. Bila abang dapat tahu je pasal menda ni, abang terus grab. Sebab abang tanak hidup susah. bla blaa blaaa blaaaa......."


lepas kira-kira 2 jam gua dengar dan di doktrin secara paksa kat situ, dengan telipon gua yang tak henti-henti berbunyi (apak gua call suruh balik umah) , abang yang dok membebel tu cakap gini lagi ke gua :


"modal untuk jadik member rm 80 je. tapi syarat nak jadi +++ kena bagi modal rm 2345. Sume sekali kira-kira dalam rm2500 je."


Gua korek taik mata gua. sambil tahan menguap. Apa dia cakap, semua kawan gua angguk. sesekali beliau cakap "betul-betul-betul"


bila dah tamat sesi pembentangan tu, gua amikla nota yang dia conteng-conteng tu. Tapi kawan gua mintak balik dan koyakkan. Katanya itu private and confidential. takleh bawak kuar dari bilik tu.Gua diam. Gua betul-betul nak balik kau tahukkk?? gua tak penah berada luar kawasan rumah gua pada waktu selewat itu. tetapi Kawan gua bertindak pantas menyabarkan gua. Beliau ajak gua pegi kedai makan. Katanya balik nanti kena tumpang kawan beliau sebab kereta yang beliau bawak tu kereta sewa je. Gua dah macam ....pfffttt..
Sampai kat kedai, gua kena doktrin lagi. Kali ni lagi hebak..ahh gua malas nak cerita kat sini dah. buat sakit hati gua kau tahu tak. Sampai bila nak menyusahkan mak bapak la ape laa.. Paling best mereka kata mereka tak paksa gua join. Jam dah menunjukkan angka 1 pagi. Tiba-tiba kawan gua mintak diri kejap. rupanya dia pegi kat kereta, dan datang semula ke -gua dengan membawa borang.



"yana, kau kena isi borang ni. alahh takde ape pong ni..isi je"
gua jawab balik. "kalau takda apa, lainkali lah gua isi. boleh kan?"
" kalau kau tanak isi, lambat lagi la kita balik" kawan gua balas.


kau orang rasa apa aku buat? kata tak paksa tapi last-last paksa gua isi borang. Yang mana gua dapat baca sikit-sikit mengatakan jika gua sain, gua bersetuju menyertai dengan rela lah apa jadah. Gua rasa nak nangis masa tu. dah la lewat malam, ramai laki, kawan gua paksa isi borang yang gua tak paham, dengan ayat celaka kawan gua tu lagi.


Gua tengok jam. Gua isi borang tu. Lepas sain, kawan gua terus senyum dan kata jom balik cepat. nanti parent kau risau pula. =;=


kau orang nampak tak permainan beliau? layak lagi ke beliau jadik kawan gua? gua bukan tanak kaya beb. gua nak. Tapi gua rasa MLM ni bukan cara terbaik. Memang Allah takkan ubah nasib kita melainkan kita usaha ubah sendiri. Tangan ditadah tanpa kaki melangkah memang tak guna. Memang..gua tak nafi. Cuma..gua rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi ke-gua sekarang ni. Gua syukur dan gua akan usaha lagi bagi lagi terbaik ke parent gua. 


Apa-pun kejadian malam semalam memang satu pengalaman baru dan menakutkan bagi gua. Even kawan gua tu pompuan, tapi gua emm..entah laa..pepandai la beliau. Beliau kata first month income beliau rm 12k .. terbeliak guaa .. Kalau kau orang nak join beliau, kau orang komen la entry ni. nanti gua cakap ke- dia. =;=

Last, gua nak nasihat kau orang . Jangan mudah percaya ke- orang. walaupun orang yang kita panggil "kawan"




p/s : gua syukur gua sempat berfikir untuk tipu maklumat diri gua masa isi borang tu. Selamat berbuka puasa semua

3 comments:

syafiqakarim said...

takde panjang lg?

Enchek Kamen said...

jenis lapar kaki.. hahahaha

Herzlosen Damen said...

kalau aku. em. kalau aku. aku dah bg kaki. err?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...