gua selalu menulis. tapi gua tak update sebab gua tak tahu nak taruh tajuk apa. gua rasa useless gila bila datang time carik title. itu baru tang tajuk, kalo datang bab nikoh-nikoh elok pulak gua releks je bagi pendapat . gua pun bimbang gua dengan diri gua ni. ok takpe, abaikan
sabtu lepas gua balik kampung. apak gua yg drive, gua jadik Dayang duduk seat sebelah pemandu tu. Bagi air, roti, asam, kacang dan semua-semua lah. semua gua suap kat mulut apak gua. walau sebenarnya lebeh banyak masuk ke mulut gua.
ohh lupa pula nak bagitahu. kampung gua kat Perak. Yee..gua orang perak. mak apak gua dua-dua orang perak. Gua bangga juga sebab gua masih ada kampung. Rumah opah gua pun still papan lagik. ada sungai belakang rumah opah gua tu. Bila petang-petang rasa panas terus je terjun takyah pakai baju pape kat sungai tu. Tepi sungai tu pulak ada padang golf. Ikut cerita mak gua, dulu kat situ tempat askar rejimen melayu berlatih. Pastu mak gua pun ada la main-main cinta sikit tapi tak kesampaian sebab dulu kan jodoh ikut pilehan family. Tapi okay ape, apak gua pun kachak dan gagah juga ape. Gua cakap macamtu kat mak gua, dia sipu-sipu tanda setuju
|
rumah opah belah mak gua ni |
|
ni bukan jalan berhantu aa..ni jalan depan rumah opah gua |
rumah opah belah apak gua kat felda tu gua tak sempat nak tangkap gambar pulak. yelaa gua kan bizi. Cucu contoh la katekan . mana ada masa nak tangkap gambar ape bagai ni . #ayat ni memang gua tipu
|
buah pelam baru nak putik |
|
woi ! kau ingat ape tu? ini buah cempedak la! |
buah kat atas ni kat kebun apak gua. kalau nak, sila lah datang rumah..
#ohh ya, gua tak tahu la nak kasi tajuk apa kat entry ni. tibai jela
7 comments:
macam best je kampung lu. haha.
uwaah bestnya balik kg..lama tk balik kg uhuk2
oh.gitu ghupe nye pokok peghak.
ok yop.haha
jalan tu jalan tu. cantik! damai je nampak
belakang umah atuk aku pulak ada paya. hahaha
buah last sekali tu macam pelik. apakah? :D
gmbr second yang jalan tu macam dalam drama :D
woo. best la ada kg lg :0
Post a Comment