aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Tuesday, November 27, 2012

list kroni tuan

flashback. Dalam kereta. Ayah memandu, aku disebelah.

"semua dah ada? takda apa yang tinggal? kalau takda, moh kita gerak sekarang ye..bismillah" lembut pada pendengaran aku suara itu. Aku cuma diam dan mengangguk. 
Perjalanan yang agak mengambil masa di tambah pula dengan kesesakan lalulintas membuatkan aku terasa berdebar. Teringat mak dirumah. Pagi-pagi lagi beliau sudah menyediakan roti canai buatan sendiri. Aku tak sempat menjamah. "Sudah lewat" kataku. Mak mengangguk. Aku menyalami tangan tuanya seraya beliau berkata "buat elok-elok ye.." . Aku senyum.

Besar harapan mereka berdua.


Hari ini aku datang lewat ke tempat kerjaku. Yea..aku ada urusan. Urusan kerajaan. Temuduga.


Alhamdulillah aku calon yang pertama sampai. Namun yang ketiga dipanggil masuk ke ruang temuduga. Empat orang penemuduga semuanya. Seorang lelaki, tiga perempuan pertengahan usia.

Duduk. Salah seorang penemuduga itu berkata.

...

Setelah puas diasak pelbagai soalan. Aku ditanya. "apa kelebihan awak?boleh jadi pengacara majlis?pandai karoke tak?"

aku terfikir. Apa kaitan jawatan dalam bidang engineering dengan pengacara majlis? Aku tunduk. TIDAK

so, apa kelebihan awak?sukan tak berapa. Apa kelebihan awak lagi? panjat bangunan tinggi ke. Buat macamni (beliau cakap sambil tegakkan jari telunjuk) pastu dapat ramal cuaca ke. Awak ni takda kelebihan yang lebih dari orang lain. Macamana kita nak pertimbangkan?

aku diam. Dia campak fail aku.




aku mungkin tak sehebat empat orang penemuduga tadi. Tapi aku ada adab. Aku tak merendahkan maruah orang. Aku ada qualifikasi. Aku memenuhi kriteria. Takkan sebab aku takleh panjat bangunan macam spiderman pastu kau nak campak fail aku. Bertahun-tahun aku belajar untuk dapatkan sijil-sijil tu.


kalau tuan dah ada list kroni-kroni tuan, nama-nama anak sedara tuan. Takpayah la tuan nak susah-susah abiskan masa interview saya. Saya datang dari jauh. Saya bukan datang naik tikar terbang. Kereta yang ayah saya bawak saya untuk datang ke sini pun bukan di isi guna air suam. Tak guna tuan panggil saya kalau tuan dah ada senarai nama yang dah tentu-tentu akan dapat. "


terima kasih. Ambil fail dan keluar.





2 comments:

s h a said...

Ya Allah.First time saya denga cerita penemu duga yang x sopan mcm tu.Ish3.To the extend buang file.Xpe yana.Rezeki tu Allah yang bagi, bukan diorang.Kte doakan kamu dapat tempat yang lebih baik dan dipermudahkan urusan.Amin.InsyaAllah. :)

syafiqa said...

kau tahu,
aku penah bagi jawapan hampir sama
macam tu.

tak perlu mention tempat apa.
yeahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...