aku cerita, hangpa baca naaa...hehe.. satu lagi, Terima kasih daun keladi sebab rajin singgah sini...sayang hangpa sumaaa...hihhi

Tuesday, July 24, 2012

kimia-kimia jatuh cinta

Bayangkan.. Kita baru bertemu dengan orang yang istimewa. Jantung berdegup kencang, tapak tangan berpeluh, perut seolah-olah dipenuhi rama-rama yang berterbangan tidak selesa dan kita berasa berdenyut-denyut nyut-nyutt. Kita keluar makan malam dan kita rasa seolah-olah terapung di udara seperti layang-layang. Pada akhir janji-temu, dia mengucapkan kata cinta dan kita terasa seperti melebur dan terus cair. Pada hari-hari seterusnya, kita tidak makan namun tetap sihat. Malah selsema kita yang berhari-hari lamanya sebelum ini pun sudah hilang.


kenapa?


Bukti neutral menunjukkan fenomena jatuh cinta adalah siri reaksi kimia yang berlaku dalam otak. Ia menyebabkan tindak balas fizikal dan mental.




"Diri kita, kegembiraan, kesedihan, kenangan, cita-cita, identiti diri, kebebasan dan cinta tidak lebih daripada tingkah laku sekumpulan sel saraf"






Bahan kimia utama yang dikeluarkan dalam memberi tanda fizikal dilamun cinta adalah PEA atau phenylethylamine yang ada kaitan dengan amphetamine. Sebut betul-betul ok. Bahan kimia ini ada dalam coklat. Ia salah satu bahan kimia yang mempercepatkan degupan jantung kita, buat tapak tangan berpeluh, anak mata membesar (ala-ala teddy bear) dan memberikan rasa ketidakselesaan dalam perut. Dalam masa yang sama, adrenalin juga dikeluarkan. Hormon ini melajukan jantung sekaligus memberi kita rasa hebat sementara endorfin pula akan membentuk sistem imun dan mengubati selesema kita.


Semua tindakbalas kimia positif ini menerangkan kenapa orang yang dilamun cinta menunjukkan kesihatan yang lebih baik. Kemungkinan untuk mendapat penyakit juga kurang jika nak dibandingkan dengan orang yang tidak bercinta. Lamunan cinta selalunya baik untuk kesihatan kita. Konklusinya, BERCINTA-lah 






p/s : credit to allan & barbara pease

3 comments:

syafiqakarim said...

untung ada pakwe

Tem said...

untung untung

Yana Empire said...

iqa : hahahahha

tem : err...tuntung yang untung..hahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...